Showing posts with label amsyar zakwan. Show all posts
Showing posts with label amsyar zakwan. Show all posts
Wednesday, 15 May 2019
Wednesday, 17 May 2017
kerana biskut Ahh' triple cheese
adoi...penangan biskut ni mmg hebat... 1st, terima kasih pada autie sabarina krn bg 5 bungkus biskut cheese ni..penyebab anak2 iA bergaduh...Hahaha...dek terlampau sedap agaknya... iA yg dengki terus amek gmbr diorang ni adik-bradik..hai la anak2...mcm2 peel...
tp mmg sedap la...boleh beli di big bazaar presint 8, putrajaya..
Tuesday, 16 May 2017
sempena hari Ibu
Alhamdullilah...Tuhan masih memberi rezeki pd ibu membesarkan anak@... syukur juga Tuhan memberikan anak2 yg sihat ..
Sempena hari ibu 14 Mei, zakwan sempat wish pd iA.."abg syg ibu"... kat bwh ni iA dah screenshot siap2 utk kenangan cerita hari ibu tahun 2017 ni...
zaman dah canggih2...senang je... hehe..
ceritera bermula bila dpt call dr guru class zakwan yg dia x sihat...ceri beri.. so iA pun ke skolah ambik & hntr dia ke klinik...
apa2 pun ibu tetap syg anak sulung ibu ni smpai bila2...jadi lah pemimpin yg baik pd adik2 & ibu doakan abg sentiasa sihat, cerdik pandai... balas jasa ibu ng ayah 1 hari nanti...insyaallah....amin...
Friday, 21 September 2012
makanan tuk kanak2 2 tahun..
Setelah semakin besar iaitu sekitar 2 tahun, anak anda lazimnya semakin
kurang menyusu. Inilah masa yang sesuai untuk anda memberinya makanan
seimbang mengikut piramid makanan.apa
yang perlu anda lakukan untuk galakkan anak makan dan yang pastinya
makanan itu mestilah berkhasiat.
Memang ada banyak cara untuk menggalakkan anak makan. Lebih-lebih lagi ketika berusia antara 2 hingga 6 tahun. Waktu ini mereka sangat aktif dan lebih pentingkan bermain daripada makan. Berhadapan dengan anak seperti ini, anda mestilah banyak bersabar dan tidak mudah berputus asa. Ketahuilah bahawa makanan yang anda berikan kepada anak sangat penting kerana berperanan membekalkan nutrien untuk perkembangan dan tumbesaran mereka, membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental, membantu mengekalkan ketahanan badan terhadap sebarang jangkitan penyakit dan menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Oleh itu, anda mestilah tahu apa yang anda beri pada anak dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Barulah mereka dapat khasiat yang diperlukan.
Setiap kali anak makan, anda mestilah pastikan gabungan makanannya seimbang seperti yang disarankan oleh Piramid Pemakanan Malaysia. Piramid Pemakanan Malaysia mempunyai 4 aras yang terdiri daripada aras bijirin dan ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu serta lemak, minyak dan gula.
Bijirin Dan Ubi
Kumpulan makanan ini adalah sumber karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda. Antara makanan yang terkandung di dalamnya ialah mi, nasi, roti, pasta dan capati. Anak anda perlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari daripada kumpulan ini.
Buah-buahan Dan Sayur-sayuran
Makanan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda. Sekurang - kurangnya 2 hidangan diperlukan oleh anak anda setiap hari.
Ikan, Ayam, Daging, Kekacang, Susu Dan Hasil Tenusu
Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral. Sehari, anak anda memerlukan 2 hidangan ikan, ayam, itik, daging dan kekacang. Manakala untuk hasil tenusu, anak anda perlukan sebanyak 2 hingga 3 hidangan setiap hari.
Lemak, Minyak Dan Kumpulan Gula
Pastikan anda kurang memberi anak makanan yang berlemak, berminyak dan bergula.
15 Cara Galakkan Anak Makan :
1. Sentiasa ada bersama anak ketika dia makan.
2. Jangan memaksa anak makan cepat. Biar dia menikmati makanannya.
3. Pujilah anak jika dia makan dengan elok dan dapat menghabiskan makanannya.
4. Semasa anak makan, beritahu dia apa yang sedang dimakannya itu dan khasiat yang kerkandung dalam makanan tersebut.
5. Seelok-eloknya, biar anak makan sendiri dan jangan suap mereka.
6. Ingat, jangan mendesak anak untuk makan banyak kerana saiz perutnya tidak sama dengan saiz perut orang dewasa.
7. Jangan galakkan anak makan hanya makanan yang digemarinya. Sebaliknya pelbagaikan makanan untuk mereka supaya seimbang.
8. Pastikan anda memberi anak makan ketika dia lapar.
9. Jangan memaksa anak makan. Hal ini hanya akan memberikan tekanan kepada mereka dan menyebabkan mereka kurang selera.
10. Jadikan waktu makan waktu yang menyeronokkan.
11. Elakkan anak minum banyak air semasa makan bagi mengelakkan dia cepat kenyang.
12. Untuk merangsang anak makan, hiaslah makanannya.
13. Tetapkan jadual makan anak agar dia jadi lebih berdisiplin.
14.Jangan beri anak makanan berat di antara waktu makan utamanya.
15.Elakkan memberi anak makan ketika dia mengantuk kerana dia mungkin akan tercekik atau tidak berselera.
Makanan dan Peranan Ibu Bapa
+Jadi Contoh
Pastikan anda makan hanya makanan yang berkhasiat. Jika di rumah anda hanya ada makanan yang berkhasiat, anak tentu akan memilih yang mereka paling suka di antara makanan berkhasiat itu.
+Pilihan Menyelerakan
Berilah pilihan yang menyelerakan kepada anak. Bukan yang ala kadar sahaja. Jika kurang mahir memasak, belilah buku yang berkaitan dengan resipi untuk kanak-kanak dan belajarlah dari situ. Anak anda mesti suka mencuba menu baru anda.
+Persembahan Yang Menarik
Ketika menghidangkan makanan untuk anak anda, pastikan persembahannya menarik. Jangan main campur semuanya. Gabungkan warna-warna yang menarik dalam makan anak-anak. Persembahan makanan yang menarik bukan sahaja dapat memikat hati kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.
+Bijak Menyediakan Hidangan
Jika anak anda tidak suka makan sayur-sayuran, ini tidaklah bermakna dia langsung tidak boleh makan makanan tersebut. Sebagai ibu bapa, anda mestilah berfikiran kreatif. Jika dia tidak suka makan lobak merah tetapi suka makan kek, apa kata anda buat kek lobak merah. Tapi, jangan beritahu dia yang anda mencampurkan lobak merah ke dalam kek tersebut. Anak anda pasti akan makan kek tersebut kerana dia tidak tahu kandungannya. Begitu jugalah jika dia tidak gemarkan sayur-sayuran lain. Buatlah sup krim daripada sayursayuran itu dan hidangkan bersama roti bawang putih. Tentu berselera anak anda makan menu yang baru itu.

makanan berzat
Masuk sahaja usia 6 bulan, kebanyakan bayi sudah mula diperkenalkan
kepada makanan pejal. Sedikit demi sedikit mereka belajar mengenali
makanan yang pelbagai jenis dan rasa. Supaya anak terus mendapat makanan
yang berkhasiat dan berguna untuk tumbesarannya, ada beberapa tip yang
boleh dikongsi bersama.
Setelah semakin membesar, tabiat pemakanan anak anda akan mula berubah.
Begitu juga dengan keperluan pemakanannya. Tahun-tahun awal ini adalah
waktu pesat untuk perkembangan fizikal dan mentalnya. Ini jugalah
masanya tubuh memerlukan lebih nutrien untuk memastikan tumbesaran
berjalan lancar. Ketika ini peranan ibu bapa sangat penting. Mereka
perlu memastikan setiap makanan yang masuk ke dalam perut anak
benar-benar berkhasiat.
Untuk membantu anak mendapatkan nutrien yang cukup bagi tumbesaran yang optimum, ada beberapa tip boleh dijadikan amalan.
Tip 1: Beri protein yang mencukupi
Jumlah protein yang mencukupi dalam diet harian anak penting untuk
kesihatannya. Protein bukan sahaja menyumbang ke arah tumbesaran tubuh
untuk kanak-kanak yang sedang membesar tetapi juga untuk membantu
membina dan memperbaiki tisu badannya yang rosak. Berdasarkan Saranan
Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrient Intake -RNI) untuk
rakyat Malaysia, kanak-kanak yang berusia di antara satu hingga tiga
tahun memerlukan sebanyak 14gm protein setiap hari manakala kanak-kanak
yang berusia di antara empat hingga enam tahun memerlukan sebanyak 23gm
protein setiap hari. Oleh yang demikian, pastikan anak anda mendapat
protein yang secukupnya.
Tip 2: Pastikan anak cukup zat besi
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, zat besi penting untuk
penghasilan hemoglobin iaitu komponen dalam sel darah merah yang membawa
oksigen ke seluruh tubuh. Untuk pengetahuan, jumlah darah meningkat
sejajar dengan peningkatan pertumbuhan anak. Oleh sebab itulah
kanak-kanak perlukan zat besi yang secukupnya. Zat besi boleh diperoleh
daripada daging merah, hasil tenusu, makanan laut, legum dan
sayur-sayuran hijau seperti brokoli. Ketahuilah bahawa vitamin C yang
ada dalam buah-buahan sitrus boleh untuk membantu menyerap zat besi dari
sumber bukan daging.
Tip 3: Hadkan pengambilan gula
Gula merupakan karbohidrat ringkas dan boleh didapati dalam
buah-buahan, makanan pencuci mulut dan minuman berperisa. Seperti yang
diketahui ramai, gula membekalkan tenaga tetapi kurang kandungan
nutriennya. Jadi, pastikan anak anda tidak terlebih mengambil gula.
Selain itu, elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat dan
galakkan anak minum banyak air kosong.
Anda juga perlu mengehadkan pengambilan snek yang manis oleh anak.
Sebaliknya, galakkan mereka makan makanan yang kaya nutrien dan tenaga.
Antara makanan yang disarankan ialah seperti buah-buahan kerana
buah-buahan bukan hanya mengandungi gula tetapi juga kaya dengan
pelbagai jenis vitamin. Selain buah-buahan, karbohidrat kompleks pun
bagus untuk anak anda kerana berkanji dan berserat. Beri anak anda
banyak karbohidrat kompleks seperti nasi, mi, oat atau bijirin.
Tip 4: Jangan gunakan garam
Banyak makanan yang siap yang ada di pasaran bukan dibuat untuk
kanak-kanak dan selalunya mengandungi terlalu banyak garam. Jadi,
elakkan membeli makanan siap untuk anak. Sebaiknya sediakan sendiri
makanan untuk anak. Akan tetapi ketika menyediakan makanan untuk anak,
kurangkan penggunaan garam dan kalau boleh jangan masukkan garam ke
dalam makanan mereka terutamanya bagi makanan bayi.
Tip 5: Pengambilan lemak baik
Bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Tidak kira sama ada orang
dewasa ataupun kanak-kanak, masing-masing perlukan lemak untuk kegunaan
tubuh. Lemak mengandungi asid lemak yang penting dan sesetengah jenis
mikro nutrien yang sangat diperlukan untuk pembentukan otak dan
menjalankan fungsinya dengan sebaiknya. Akan tetapi, walaupun lemak
baik, anda masih perlu mengawal pengambilan lemak oleh anak. Terlalu
banyak makanan berlemak boleh memudaratkan. Oleh itu, pastikan makanan
yang diambil anak perlulah seimbang.
Ketika menyediakan makanan untuk anak, pilihlah bahan mentah yang
rendah lemak tepunya, rendah asid lemak dan rendah kolesterol. Walau
bagaimanapun, elakkan memberi anak makan makanan rendah lemak yang
diformulasikan untuk orang dewasa. Sebaliknya, pilihlah makanan yang
mengandungi lemak daripada sayur-sayuran dan ikan kerana bahan-bahan
tersebut kaya dengan Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 boleh didapati
daripada telur, ikan laut dalam seperti salmon, ikan bilis dan tuna.
Tip 6: Tetapkan waktu makan
Ajarkanlah tabiat pemakanan sihat kepada anak sejak mereka kecil lagi.
Ini termasuklah bila waktunya mereka perlu makan dan bukan hanya apa
yang boleh dan apa yang tidak boleh mereka makan. Kanak-kanak disarankan
mengambil 3 hidangan utama dan 2 hingga 3 hidangan snek sehari. Hal
ini membantu mengelakkan pengambilan makanan ringan yang tidak terkawal
dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko obesiti.
Ibu bapa disyorkan agar sentiasa membekalkan anak dengan snek yang
berkhasiat seperti buah-buahan, makanan tinggi serat dan bijirin agar
mereka dapat makan ketika lapar. Karbohidrat lengkap yang ada dalam
bijirin, makanan kaya serat dan buah-buahan mampu membuatkan perut anak
anda kenyang sementara menunggu waktu makan utamanya. Serat yang ada
dalam buah-buahan dan bijirin baik untuk sistem penghadaman kanak-kanak
dan membuatkan dia rasa kenyang untuk satu jangka masa yang panjang.
Tip 7: Makan bersama keluarga
Makan bersama keluarga adalah amalan yang baik dan perlu diamalkan oleh
setiap keluarga yang ada di dunia ini. Inilah masanya untuk mengeratkan
hubungan seisi keluarga. Jadi, sediakanlah hidangan yang istimewa dan
pastinya makanan tersebut kaya dengan khasiat. Inilah juga masanya untuk
ibu bapa mengajar anak etika di meja makan dan tabiat pemakanan yang
baik.
Info tambahan:
Omega 6 ada dalam :
- Minyak kacang soya
- Minyak canola
- Biji labu
- Sayur-sayuran hijau
- Walnut
Tuesday, 18 September 2012
ngandung + buat perangai
Friday, 14 September 2012
aktiviti amsyar smalam...
Thursday, 13 September 2012
aktiviti smlam tuk amsyar zakwan
Wednesday, 12 September 2012
amsyar zakwan dah anta balik kampung...
Tuesday, 4 September 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)