..

..

Tuesday, 26 September 2017

acc baru facebook

assllammualaikum...

dalam post yg sebelum ni, iA de cerita tntg FB iA yg disable. setelah tiada penyelesaian atau pun mgkin team FB mmg dah x boleh nak bg balik acc FB iA, akhirnya IA decide utk bukak FB baru... so kali ni, iA nekad, no more nak add sebarang2 org dlm FB friends iA...cukuplah sekadar kawan2 kerja,sekolah or kwn2 study dulu...malas dah...penat kot jadi camni...huh!!!!!
mmg menyesal x sudah...mcm2 gmbr dah upload kat situ...nak save takut2 klu hlg di simpanan, adalah lah FB jadi back up..tapi.... apakan daya...nasi jadi bubur...

pada kwn2 kat luar sane, jgn lah add sebarang2 org...terutamanya yg x bape nak kenal tu...group2 jual2 ni.. smoga acc baru ni xde la lg pengkhianat2 siber yg suka hack acc org...

Wednesday, 30 August 2017

facebook kena block / disable / removed by facebook admin.

salam...

sedih betul rase hati iA ni...sbb facebook iA kena block. apa lah masalah diorang dengki dgn iA ek... iA bukan jual2 apa pun... dulu ada...ni dah lebih bape tahun takde lg nak jual2 ni.. 
tetiba facebook disable...kau rasa???

buat masa ni iA dah balas email yg facebook team bagi pd iA... nak tggu feedback smula dr diorang..

bukan apa, iA dah lame bt acc fb ni..iA syg gilerrrrrrrrr beb. byk gmbr dalam tu iA dah simpan. buat album bagai..dgn harapan x kan hilang smpai bila2... sekali ambil kau...adoi....pening sei kepala i...ketuk2 kepala yg x pening ni...

apa lah yg dengki sgt kat iA...iA post gmbr family je pown.....

ermm....

waiting for the result soon...

Friday, 23 June 2017

lapan maut, enam rentung kemalangan tragis (arwah cc Fauzi)

salam takziah pada yang terlibat..

pd 11 Mei 2017 yg lalu, Malaysia dikejutkan dgn 1 kemalangan yg sgt tragis. ramai reporter2 turun krn ingin megetahui perkembangan semasa mengenai kejadian tersebut..
kejadian yg berlaku sekitar pukul 2.20 ptg Ahad itu, benar2 mengejutkan seluruh rakan2,saudara-mara mangsa..Kejadian berlaku dihadapan rumah ibu mertua iA sendiri.. di jalan BAhau-Keratong Risda  palong 1..

alkisahnya,ingin iA ceritakan.... mangsa adlah rakan sekerja iA sendiri.. beliau merupakan staff unit iA yg mesra iA pggil cc Fauzi.. sbenarnya iA lambat tahu kisah ni.. hari isnin pagi baru iA tgk phone .. kejadian berlaku ptg ttp dlm pukul 11 baru dpt bt pengecaman slh seorng mangsa..

difahamkan, lori yg x lepas nak memotong 2 kenderaan dihadapannya telah membrek secara tiba2 sehingga lori tersebut tersasar ataupun terbabas ke arah yg bertentangan..manakala myvi & exora yg berada d jalan itu tidak dpt berbuat apa2..myvi cuba mengelak lori tersebut tetapi melanggar vios & terbabas ke bahu jalan..suami isteri maut & anak mangsa 3 tahun patah bahu. ibu yg tercampak keluar dr kereta tetap memeluk erat anak nya..sedihnya hati bila mengenangkan saat2 bila anak mencari ibu & ayah tetapi dh xde...๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜..

exora yg berada di blkg myvi (arwah cc fauzi) juga tidak dpt mengelak lalu melanggar lori tersebut shhga terperosok di bawah lori dan terbakar...AllahuAkbar... 6 ahli keluarga rentung serta merta... mengikut khabar dr doctor, kesemua mayat telah mati dahulu sebelum terbakar.. MAha Kuasa Tuhan..anak arwah yg kedua tidak mengikut arwah wlupun diajak berkali2... mgkin ada khidmah disebaliknya.. 

iA yg mengetahui kejadian tersebut bergegas ke hospital Jempol. time iA sampai ramai ahli keluarga yg menunggu diluar bilik forensik memandangkan postmorterm masih dijalankn. iA menunggu disana dr jam 12 tghr hingga jam 5.30 ptg... kesemua jenazah dibawa pulang ke kg jelawat Kelantan utk dikebumikan.

Ya allah... iA betul2 rasa mcm x percaya.. Hari jumaat sblm kejadian, iA ada berbual kosong dgn beliau berkisarkan hal kerja & bergurau dgn beliau kerana lambat balik ke rumah.. dah pukul 12.45 masih lg bt kerja.. 
itulah cc fauzi yg sgt2 kominted dgn pekerjaan beliau. seoarang yg ramah ,mesra. beliau akan cuba menegur semua org disekeliling beliau.. penasihat & guru pertama iA di bahagian kewarganegaraan, Unit Tolakan dulu. byk nasihat2 beliau pd iA supaya bersabar dlm handle kakikitangan2 yg bermasalah.iA amat2 memandang tggi setiap nasiahat beliau sehinggakan iA dpt mengatasi maslah yg ada.. Tuhan sentiasa menolong umat2nya yg sukar.

perwatakan yg amat elok, pndai memasak membuat kan dia selalu menjadi tukang masak di unit kami setiap kali membuat jamuan kecil-kecilan unit. 

iA berharap arwah cc fauzi, isteri & anak2 ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin...
dr Allah kita dtg, kpd Dia kita kembali..

Ya allah, Kau matikanlah aku dalam iman & dalam sempurna hendakNya... Kau peliharalah aku, suami & anak2 dunia & akhirat..

arwah bersam en sharul


iA ditemuramah oleh media sebagai rakan sekerja...๐Ÿ˜










jenazah isteri

jenazah arwah cc





jenazah 2 anak lelaki


jenazah 2 anak perempuan


ru,ah putih tu rumah arwah di kg













kredit to blog